Wednesday, July 22, 2015

Semalam dan hari ini baca macam-macam cerita dalam blog dan news portal. Tangkap sana, tangkap sini. Nak kata tidakan itu tak betul, tak boleh sebab mestilah tidak itu ada asasnya. Nak kata betul pun tak boleh sebab belum dibicarakan lagi. Kita tunggu dulu.

Tuesday, July 21, 2015

Dah lama tak menulis. Tangan dah mula gatal balik. Nak mulakan balik ni, Baca yer,,,,

Sunday, September 28, 2008

Penceramah habis modal

Sehari dua ni banyak dengar ceramah - di surau, radio, tv dan orang bercakap di sana sini. Tak ada apa, ramai cerita pasal Hari Raya. Tapi, rasanya semua isi ceramah mereka sama saja yang pernah didengar sejak masih kecil lagi. Penceramah pun boleh habis modal kan?. Kalau alasan yang kita pernah dengar 20 atau 30 tahun lalu,diulang-ulang, macam manalah orang nak berubah. Ada juga orang yang buat perbandingan dengan isu yang tidak kena mengena dan merapu. Orang hari ini dah ramai yang bijak. Tolonglah sesuaikan dengan keadaan.
Balik Kampung

Dah ramai kawan-kawan balik kampung sebab Hari Raya Aidilfitri dah dekat. Ada balik kampung sendiri dan rasanya lebih ramai yang balik kampung bini. Orang kata bukan sebab dia takut bini, tapi bini tak takut kat dia. Yang tak balik kampung tu sebab ada kerja lah kut. Kalau balik, jimat sikit belanja sebab harga barang mahal sekarang ni. Apa pun, Selamat Balik Kampung dan Selamat Hari Raya. Masa Hari Raya janganlah buang masa tengok TV. Adalah lebih baik bertemu kawan-kawan lama dan saudara mara. TV tengok kemudian saja lah, bukan penting pun.

Friday, September 26, 2008

Nak gerak balik ni. Tunggu je ler
Nanti nak begiat cergas semula. Tunggu je ler.

Saturday, November 17, 2007

Salam Sekali lagi

Hi, kepada sesiapa yang terjenguk blog ini.....memang dah lama sangat abaikan blog ini. Nampaknya kena mulakan balik. Untuk permulaan ni, eloklah saya beritahu bahawa banyak isu yang dipaparkan dalam blog-blog hari ini. Nampak bloggers masih steady. Media perdana pula nampak gelabah. Nampak sangat mereka tidak begitu arif menguruskan maklumat. Bahaya tu beb. Memanglah bila kita beritahu pada politial masters, yang baik-baik belaka. Tapi, apa sebenarnya yang berlaku, mungkin di sebaliknya. Harap-harap mereka tahu kesannya yang pelbagai dimensi.

Friday, March 16, 2007

Bila Wanita Menipu

Apa salahnya mengatakan wanita itu penipu,
Lelaki juga penipu,
Wanita penipu,
Lelaki lagi penipu

Sunday, February 18, 2007

Pasal buku

Pasal buku, sumber ilmu,
Pasal duit, ramai yang merana,
Pasal subsidi, tak menjadi-jadi,
Kata banyak duit, subsidi buku ditarik balik,
Mana satu yang betul,
Pasal tak ada duit ke,
Atau, tak mahu jadi masyarakat subsidi,
Orang kalau ada banyak duit, diam-diam je,
Kalau hebuh-hebuh, pencuri dengar,
Kalau ada banyak duit, buat tak tau aje,
Jangan bising-bising,
Kalau banyak duit, tapi tak bantu orang,
Nanti orang mengata,
Kalau banyak duit, tapi tarik balik bantuan,
Orang kata, ini orang cika,
Ada yang kata, buruk siku,
Orang kaya, takkan kata dia kaya,
Dia takut orang minta duit dia,
Kalau kata kita kaya, sebenarnya kita tidak kaya, lagi bahaya,
Orang letak harapan yang tinggi pada kita, tapi kita buat benda lain daripada apa yang kita kata,
Alamat, buruk padahnya,
Ini pula dah tarik subsidi buku, ini benar-benar jarang-jarang berlaku,
Kalau nak tarik pun, biarlah benda lain, selain buku,
Mengapa buku, mengapa sumber ilmu,
Cawat buatan Malaysia

Di Malaysia penuh dengan peluang perniagaan,
Yang besar-besar dah diambil orang,
Yang kecil-kecil berebutan,
Nampaknya ada peluang baru,
Boleh minta pinjam dari bank,
Buka kilang buat cawat,
Cawat buatan tempatan,
Cawat buatan Malaysia,
Seluruh dunia akan tahu,
Malaysia negara pembuat cawat,
Malaysia negara pengeksport cawat,
Kalau takut dirogol di Malaysia,
Beli cawat buatan Malaysia,
Baru selamat masuk Malaysia,
Bagi rakyat tempatan,
Cadangan pakai cawat jadi bahan ketawa,
Ha, Ha, Ha, Ha, Ha, Ha,Ha