Sunday, February 18, 2007

Pasal buku

Pasal buku, sumber ilmu,
Pasal duit, ramai yang merana,
Pasal subsidi, tak menjadi-jadi,
Kata banyak duit, subsidi buku ditarik balik,
Mana satu yang betul,
Pasal tak ada duit ke,
Atau, tak mahu jadi masyarakat subsidi,
Orang kalau ada banyak duit, diam-diam je,
Kalau hebuh-hebuh, pencuri dengar,
Kalau ada banyak duit, buat tak tau aje,
Jangan bising-bising,
Kalau banyak duit, tapi tak bantu orang,
Nanti orang mengata,
Kalau banyak duit, tapi tarik balik bantuan,
Orang kata, ini orang cika,
Ada yang kata, buruk siku,
Orang kaya, takkan kata dia kaya,
Dia takut orang minta duit dia,
Kalau kata kita kaya, sebenarnya kita tidak kaya, lagi bahaya,
Orang letak harapan yang tinggi pada kita, tapi kita buat benda lain daripada apa yang kita kata,
Alamat, buruk padahnya,
Ini pula dah tarik subsidi buku, ini benar-benar jarang-jarang berlaku,
Kalau nak tarik pun, biarlah benda lain, selain buku,
Mengapa buku, mengapa sumber ilmu,
Cawat buatan Malaysia

Di Malaysia penuh dengan peluang perniagaan,
Yang besar-besar dah diambil orang,
Yang kecil-kecil berebutan,
Nampaknya ada peluang baru,
Boleh minta pinjam dari bank,
Buka kilang buat cawat,
Cawat buatan tempatan,
Cawat buatan Malaysia,
Seluruh dunia akan tahu,
Malaysia negara pembuat cawat,
Malaysia negara pengeksport cawat,
Kalau takut dirogol di Malaysia,
Beli cawat buatan Malaysia,
Baru selamat masuk Malaysia,
Bagi rakyat tempatan,
Cadangan pakai cawat jadi bahan ketawa,
Ha, Ha, Ha, Ha, Ha, Ha,Ha

Friday, February 16, 2007

Siapa Sebenarnya Bodoh

Kau kata aku bodoh,
Atau, kau dengan sengaja mahu memberi tahu pada Malaysia yang kau orang pandai,
Kau kata aku buat keputusan bodoh,
Atau, sebenarnya, kau nak beritahu pada Malaysia yang kau selalu buat keputusan yang pandai-pandai belaka, tidak ada cacat celanya,
Aku ingin bertanya Mana dia? Mana? Mana?
Bila kau kata aku bodoh,
Sekarang, orang kata kau lagi bodoh,
Kau beritahu seluruh Malaysia yang aku bodoh,
Sekarang, seluruh Malaysia kata, kau pun bodoh,
Setidak-tidaknya, mereka berkata kita sama-sama bodoh,
Sememangnya mereka tidak pernah mengatakan yang kita ini pandai pun,
Kau kata aku bodoh sebab kita dari negeri yang sama,
Aku kata kau pun bodoh sebab kita dari negeri yang sama juga,
Kau menikam auku dari belakang aku kerana apa?.
Kau takut dengan bayang-bayang kau sendiri kan,
Kau tidak boleh jadi pandai kalau kau kata orang lain bodoh,
Kau takkan jadi bodoh kalau kau tidak mengata orang lain bodoh,
Tak salah mengata orang bodoh kalau kita memang sah lebih pandai,
Tapi ingat, masih ramai orang lain lebih pandai daripada kita,
Kalau begitu, pada orang yang lebih pandai daripada kita, kita dah jadi orang bodoh,
Ada juga orang yang lebih kuasa daripada kita menggelarkan kita bodoh,
Dia panggil kita bodoh, bukan kerana dia pandai, tapi kerana dia ada lebih kuasa, walau pun dia sebenarnya tidak pandai,
Walaupun dia bodoh, kita terpaksa mengatakan dia pandai, walaupun dia sebenarnya bodoh,
Bila mendengar cakapnya, kita mengangguk-ngangguk,
Apakah kita mengangguk-ngangguk itu menunjukkan kita pandai,
Orang yang melihat kita mengatakan kita kaki bodek,
Membodek, memanglah kerja kita, itu kerja yang kita memang pandai,
Apakah dengar mendengar cakap orang seperti ini kita jadi pandai?
Atau, kita jadi lebih bodoh?
Apakah kita mengatakan dia pandai tetapi yang sebenarnya dia memang bodoh,
Marhumnya, kita memang sama-sama bodoh.

Tuesday, February 13, 2007

Si bodoh dan Si penipu

Bila orang bijak berkata-kata,
Semua mata terbuka,
Tidak berkelip-kelip hingga lah si bijak habis berkata-kata,
Bila orang bijak berkata-kata,
Semua mulut ternganga-nganga,
Tidak terkatup-katup, hinggalah si bijak menutup mulutnya,
Bila orang bijak berkata-kata,
Telinga terbuka luas , walau pun lubang telinga begitu lah saiznya,
Masuk telinga kanan, tidak keluar-keluar lagi dah,
Bila orang bijak berkata-kata,
Pintu hati berkata-kata,
Ya, Ya, Ya, Ya,
Tiada yang salah, segalanya benar belaka,
Si bijak bercakap perihal orang bodoh,
Kebodohan ada bermacam jenisnya,
Ada bodoh yang boleh diajar, ada bodoh yang tidak boleh diajar,
Ada pula bodoh sombong,
Macam mana bodoh sekali pun,
Bodoh dan mungkin paling podoh atau terbodoh,
Mereka tetap boleh dimaafkan,
Orang bijak tetap memaafkan orang bodoh,
Sebab mereka orang bijak dan orang yang mereka marahi itu orang bodoh,
Jika orang bijak tidak memaafkan orang bodoh, mereka jadi orang bodoh,
Orang bijak percaya, orang bodoh boleh menjadi pandai keesokan harinya,
lusa, tulat......
Orang bijak bercakap soal si penipu,
Penipuan pula bukan saja bermacam jenisnya, tapi juga tipu bermacam cara,
Ada tipu duit, ada tipu orang, ada tipu perempuan, ada tipu bini, ada tipu suami,
Walau apa jenis tipu sekali pun, orang ini tidak boleh dimaafkan,
Orang bijak tidak boleh memaafkan si penipu kerana mereka orang bijak,
Kalau orang bijak boleh memaafkan penipu, mereka bukan orang bijak,
Orang bijak tidak boleh ditipu sebab mereka kata mereka orang bijak,
Kalau orang bijak ditipu, mereka bukan orang bijak lah,
Orang bijak percaya si penipu akan menipu lagi keesokannya dan sampai bila-bila,
Itu sebab orang bijak dipanggil orang bijak.

Friday, February 09, 2007

Dot, Dot, Dot

Memang dah lama terbuku
Berketul-ketul dah
Tapi, nak tanya pada siapa?
Nak tanya pada orang yang lemah lembut ke?
Atau, pada orang yang memang petah berkata-kata
Mungkin pada mereka yang tidak ada idea
Atau aju je pada orang yang mulut berbisa
Mungkin juga pada si anu yang tidak tahu apa-apa
Akan ada jawapan-jawapan yang berbeza
Soalnya, ini adalah soal negara
Ramai yang tidak berani bercakap
Takut hilang itu dan ini
Takut itu dan ini ditarik balik
Bak angin berlalu hilang di mata
Hilang di hati
Takut juga rahsia terbongkar
Takut hilang jawatan ke?
Takut hilang gelaran
Isunya ialah dot, dot, dot