Monday, May 01, 2006

PUAK DI UNIVERSITI MALAYA (UM)

Teman baca Bisik-Bisik Awang Selamat dan sebelum itu temubual dengan Naib Canselor UM yang baru. Begini bunyinya.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
AWANG tidak senang hati membaca kenyataan pertama Naib Canselor Universiti Malaya yang baru, Rafiah Salim. Katanya, antara langkah awal yang akan diambilnya ialah mengatasi masalah puak di universiti itu.
Bunyi macam beliau diberi tugas mengemudi sebuah parti politik. Politik universiti memang ada, bukan di Universiti Malaya sahaja. Setiap kali berlaku kekosongan Naib Canselor, politik bertambah panas.
Apabila khidmat bekas Naib Canselor UM, Prof. Dr. Hashim Yaakob tidak dilanjutkan, muncul beberapa nama sebagai pengganti. Yang teratas, nama Dr. Sharifah Hapsah.
Terdengar cerita, ada puak di UM yang tidak setuju. Maka seorang pemangku pun dilantik sementara calon lain dicari.
Begitulah hebatnya politik universiti. Atau lebih tepat, politik puak. Puak mahu orang daripada puaknya.
Mungkin sebagai jalan tengah, calon luar diambil. Awang harap tidak wujud pula puak baru mengelilingi Naib Canselor baru itu.
Cukuplah. Universiti gedung mencurah dan menimba ilmu. Biarlah yang terbaik sahaja yang meningkat.
Awang - Cari makan saja.

Teman tak kisah siapa yang ambil alih jawatan itu asalkan hasilnya baik. Jangan main-main, tugas ini penting dan jika gagal nama pemimpin dan negara dipertaruhkan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home