Wednesday, May 17, 2006

TNB masih tidak mahu naikkan tariff elektrik

Ura-ura kenaikan tarif elektrik sudah lama diperkatakan tapi hingga hari ini kerajaan masih belum benarkan. Tenaga Nasional Berhad (TNB) agak pening kepala kerana lagi lama, lagi besar beban yang terpaksa ditanggung. Kerajaan masih tidak membenarkan kenaikan tarif sehinggalah rakyat dapat menerima hakikat bahawa kenaikan tarif adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Kenaikan harga minyak 30 sen memberi pengajaran kepada kerajaan kerana banyak pihak yang membantah. Memanglah, mana ada orang yang suka harga barangan atau kemudahan dinaikkan. Cuma, apabila harga tarif naik, barulah kita dapat tahu apa kesannya.

Sunday, May 07, 2006

TV terus bersaing

Best lah hidup di Malaysia ni. Paling besar, kita sering berhibur. Kita tidak perlu keluar rumah pun sebab semua hiburan datang ke rumah kita. Tengok sajalah program televisyen, boleh dikatakan 80 peratus berbentuk hiburan. Ada yang live, rekod dari studio, celoteh hiburan dan sebagainya, semua stesen televisyen macam itu. Yang tinggal 20 peratus itu pun kerana ada berita. Talk show pun pasal hiburan atau setidak-tidaknya ada artis yang ambil bahagian. Elok sangatlah tu kerana masing-masing stesen kena bersaing bermati-matian. Kalau terlalu serius tak ada orang yang nak tengok pulak. Jadi terpaksalah buat kerja mengarut.

Tuesday, May 02, 2006

Bersarapan dengan orang pencen

Pagi tadi teman bersarapan dengan orang pencen. Dalam perbincangan mereka, seorang itu memberitahu dia dilahirkan pada 1929. Bila mereka bercerita pasal umur, seorang itu memberitahu umurnya sudah meningkat lebih 60 tahun. Emaknya yang dilahirkan pada 1918, baru saja meninggal dunia. Emaknya tidak makan perisa makanan dan tidak makan itu dan ini, itulah sebabnya usianya panjang. Orang yang lahir pada 1929 itu berkata, dia terpaksa bekerja membawa teksi sekarang kerana tidak ada pencapatan lain. Kawannya yang berusia lebih 60 tahun itu pula berkata, dia tidak membawa teksi sebab ada peluang lain. Kalau membawa teksi, katanya, boleh dapat RM60 sehari, tetapi beli minyak RM20 atau RM30, tak pulang modal. Setiap hari, dia dan keluarganya perlu berbelanja sekurang-kurangnya RMN30 sehari. Seorang juga mendengar celoteh mereka, walaupun pada hujung perbualan, mereka mula bercerita mengenai politik.

Monday, May 01, 2006

PUAK DI UNIVERSITI MALAYA (UM)

Teman baca Bisik-Bisik Awang Selamat dan sebelum itu temubual dengan Naib Canselor UM yang baru. Begini bunyinya.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
AWANG tidak senang hati membaca kenyataan pertama Naib Canselor Universiti Malaya yang baru, Rafiah Salim. Katanya, antara langkah awal yang akan diambilnya ialah mengatasi masalah puak di universiti itu.
Bunyi macam beliau diberi tugas mengemudi sebuah parti politik. Politik universiti memang ada, bukan di Universiti Malaya sahaja. Setiap kali berlaku kekosongan Naib Canselor, politik bertambah panas.
Apabila khidmat bekas Naib Canselor UM, Prof. Dr. Hashim Yaakob tidak dilanjutkan, muncul beberapa nama sebagai pengganti. Yang teratas, nama Dr. Sharifah Hapsah.
Terdengar cerita, ada puak di UM yang tidak setuju. Maka seorang pemangku pun dilantik sementara calon lain dicari.
Begitulah hebatnya politik universiti. Atau lebih tepat, politik puak. Puak mahu orang daripada puaknya.
Mungkin sebagai jalan tengah, calon luar diambil. Awang harap tidak wujud pula puak baru mengelilingi Naib Canselor baru itu.
Cukuplah. Universiti gedung mencurah dan menimba ilmu. Biarlah yang terbaik sahaja yang meningkat.
Awang - Cari makan saja.

Teman tak kisah siapa yang ambil alih jawatan itu asalkan hasilnya baik. Jangan main-main, tugas ini penting dan jika gagal nama pemimpin dan negara dipertaruhkan.
Cerita Pasal P Ramlee di TV.

Tak tau lah apasal RTM berbincang pasal P Ramlee di RTM1. Dalam program yang dipengerusikan oleh Rosyam Noor itu, mereka berbincang topik yang seolah-olah cuba mengajak masyarakat Malaysia supaya berhenti memuja Allahyarham P Ramlee. Walaupun ini topik gimik tapi dah macam tak ada idea lain ke nak dibincangkan. Bila RTM bincang benda macam ini, ia tidak nampak cerdik. Tak ada hal kalau RTM nak tutup buku pasal P Ramlee sendiri tetapi selain P Ramlee, siapa yang boleh mengambil alih tempatnya. Sebut nama siapa saja - jauh panggang dari api. Bagi yang mempertahankan P Ramlee, mereka tahu apa yang dicakapkan. Bagi yang tidak mempertahankan P Ramlee terutamanya yang mengundi sms, beli lah CD dari Barat banyak-banyak.