Thursday, August 31, 2006

TAN SRI MOHD SIDEK DILANTIK KETUA SETIAUSAHA NEGARA BARU

KETUA Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa and Industri Tan Sri Mohd Sidek Hassan dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara yang baru berkuatkuasa 3 September. 2006.
Beliau menggantikan Tan Sri Samsudin Osman, yang tamat kontrak perkhidmatannya 2 September, 2006, demikian menurut pengumuman Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan, 31 Ogos 2006.
Tan Sri Mohd Sidek yang dilahirkan di Pekan, Pahang pada 24 Jun 1951, berkelulusan
Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian dalam bidang Pentadbiran Awam
dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari New
Hampshire College, Amerika Syarikat.
Beliau mula berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15
April 1974 sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah, Unit
Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Sewaktu berkhidmat di Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri, beliau pernah menjadi Pesuruhjaya
Perdagangan Malaysia di Sydney, Australia.
Beliau juga pernah bertugas sebagai Timbalan Pengarah Dasar, Bahagian
Pembangunan Perindustrian, Timbalan Pengarah (Operasi) Bahagian Dasar dan
Penyelidikan, Menteri Penasihat Hal Ehwal Ekonomi di Pejabat Pesuruhjaya
Perdagangan Malaysia di Washington, Amerika Syarikat dan Pengarah Bahagian
Perhubungan Pelbagai Hala, ketika dalam kementerian yang sama.
Mohd Sidek dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan)
kementerian itu pada 19 Jan 2001 dan seterusnya Ketua Setiausaha
kementerian sama pada 24 Okt 2004.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home